Program Literasi Komputer & Keusahawanan Bersama GIATMARA Arau dan Padang Besar (TKFL) Sesi 1/2024

14 Mei 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 13 – 14 Mei 2024 bertempat di PEDi Padang Besar Selatan telah diadakan Program Literasi Komputer & Keusahawanan Kursus Teknologi Kimpalan dan Fabrikasi Logam (TKFL) bagi pelatih GIATMARA Arau dan Padang Besar. Program ini adalah kerjasama antara GIATMARA, NADI Padang Besar Selatan, NADI Pokok Jawi dan NADI Kampung Surau.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memantapkan ilmu dan kemahiran peserta dalam bidang ICT dan pengurusan maklumat dan memupuk nilai keusahawanan di kalangan peserta. Antara modul yang diajar oleh staf NADI kepada pelajar GIATMARA sepanjang 2 hari diadakan adalah Asas Keusahawanan seperti “Online Marketing, Facebook Page, Create Presentation Slide, Product Photography, Microsoft Office, Canva, Business Plan .”

Menerusi program ini, peserta terutama golongan belia dapat memanfaatkan ilmu yang dipelajari bagi mempersiapkan diri sebagai seorang usahawan. Aktiviti bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang.

Program ini telah memberikan gambaran yang lebih jelas kepada peserta tentang peranan dan fungsi NADI dari aspek pengukuhan aktiviti e-Dagang, inisiatif memperkasa usahawan bagi memacu ekonomi digital dan membantu usahawan menjalankan perniagaan di platform digital.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali